Penganjuran konsert antarabangsa seperti persembahan My Chemical Romance di Malaysia bukan sahaja merancakkan industri hiburan tetapi turut memberi limpahan ekonomi kepada sektor perhotelan, pengangkutan, makanan dan pelancongan, menurut Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil.
Inisiatif Concerts and Events in Malaysia Incentive (CEMI) membantu memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi penganjuran konsert dan acara berskala besar bertaraf antarabangsa.
Konsert MCR di TM Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan antara acara muzik antarabangsa yang menerima sokongan menerusi inisiatif berkenaan.



