Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
nasional

NONA Gala Awards 2026 raikan ikon wanita Malaysia, Bella Astillah menang People's Choice Award

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Astro Awani
19 November 2026, 09:10 PG MYT
Aktif 3d lalu
·🌐 Kuala Lumpur

Sempena ulang tahun ke-40, jenama gaya hidup wanita berprestij NONA menganjurkan NONA Gala Awards 2026 bagi meraikan legasi, mengiktiraf ikon dan mengangkat kecemerlangan wanita Malaysia merentas generasi.

Majlis bertemakan Glam Ruby Jubilee bersempena sambutan Jubli Delima berlangsung di Taming Sari Grand Ballroom, Royale Chulan, dengan Ketua Pegawai Eksekutif seeNI, Syamil Fahim Mohamed Fahim menyatakan makna sambutan ini.

Perayaan Jubli Delima membawa makna lebih besar daripada sekadar meraikan usia sebuah jenama dan mencerminkan perjalanan dan sumbangan NONA kepada wanita Malaysia.