Kira-kira 1.3 juta bekas penagih dadah menghadapi kesukaran mendapatkan pekerjaan dan membina kehidupan baharu akibat stigma masyarakat dan undang-undang yang menghukum mereka.
Rekod di bawah Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang-orang yang Tidak Diingini 1969 menyebabkan mereka kehilangan kelayakan bekerja dan menyukarkan integrasi semula ke dalam komuniti.
Sebanyak 2.6 juta individu telah direkodkan di bawah Akta 7 sejak 1969 dengan hampir separuh daripadanya melibatkan sabitan kesalahan dadah.


