Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
nasional

Parti mana bakal dapat tempat di hati pengundi Melayu

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Berita Harian
9 Julai 2026, 11:38 PG MYT
Aktif 0s lalu
·🌐 Setiap

Setiap parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Johor ke-16 mencongak kerusi Dewan Undangan Negeri mana sudah dalam genggaman dan berapa banyak lagi yang masih berpotensi diputihkan sebelum hari pengundian Sabtu.

Faktor utama tumpuan ialah sokongan pengundi Melayu dan parti mana yang berjaya meraih undi kumpulan ini, yang masih menjadi pemilih terbesar di Johor dengan 1.47 juta pengundi Melayu daripada 2.73 juta pengundi berdaftar keseluruhannya.

Data Suruhanjaya Pilihan Raya menunjukkan pengundi Melayu mewakili 53.8 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi di Johor.