Seramai 1,000 anak yatim Mesir mendapat santunan daripada pelajar Malaysia menerusi program kebajikan Ehna Ma'ak 2026 yang berlangsung di El Rowad Sporting Club, Kaherah, pada 10 April lalu.
Program anjuran Persatuan Sukarelawan Pelajar Malaysia di Mesir ini menjadi medan mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat dan memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar Universiti Al Azhar.
Inisiatif tersebut mencerminkan keprihatinan pelajar Malaysia terhadap golongan memerlukan di luar negara.


