Polis menahan pemandu yang disyaki terlibat dalam insiden langgar lari seorang anggota polis trafik di Jalan Sultan Yahya Petra pada Jumaat lepas.
Ketua JSPT Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa mengesahkan suspek ditahan petang tadi untuk membantu siasatan kes berkenaan.
Polis kini dalam proses penyediaan laporan dan melaksanakan ujian saringan air kencing serta ujian saringan pernafasan terhadap suspek yang ditahan.



