Peratusan keluar mengundi yang tinggi pada Pilihan Raya Negeri Johor ke-16 Sabtu ini dilihat berpotensi memberi kelebihan kepada calon-calon Pakatan Harapan, khususnya di kawasan bandar dan separa bandar dengan ramai pengundi luar, muda dan atas pagar.
Penganalisis politik Prof Madya Dr Mazlan Ali menyatakan bahawa faktor kestabilan politik di peringkat Persekutuan, indikator ekonomi yang bertambah baik serta bantuan kerajaan kepada rakyat boleh menjadi dorongan kepada penyokong PH untuk pulang mengundi.
Pengundi yang menikmati manfaat daripada kestabilan kerajaan dan kedudukan ekonomi semasa berkemungkinan ingin memastikan kesinambungan pentadbiran PH di peringkat Persekutuan mahupun negeri Johor.


