Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
nasional

PRN Negeri Sembilan: Waspada video lama, maklumat dipetik luar konteks pengaruhi pengundi

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Utusan Malaysia
28 Julai 2026, 06:36 PG MYT
Aktif 0s lalu
·🌐 Jempol

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil mengingatkan orang ramai untuk lebih berwaspada terhadap penularan kandungan tidak sahih di media sosial menjelang Pilihan Raya Negeri Negeri Sembilan pada 1 Ogos, termasuk video lama yang dikitar semula dan maklumat dipetik di luar konteks.

Penyebaran berita palsu dijangka memuncak dalam tempoh dua hingga tiga hari terakhir sebelum pengundian dengan kandungan menerusi WhatsApp dan media sosial lazimnya mengandungi maklumat separuh benar dan video lama untuk mewujudkan persepsi tertentu.

Orang ramai dituntut untuk tidak mudah mempercayai atau berkongsi sebarang maklumat yang belum disahkan kesahihannya bagi mengelakkan pengaruh negatif terhadap proses demokrasi.


Garis masaprn