Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
nasional

Seleweng dana zakat RM230 juta, SPRM tahan tiga individu termasuk timbalan pengerusi NGO

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Astro Awani
21 April 2026, 09:45 PTG MYT
Aktif 8h 29min lalu
·🌐 Kuala Lumpur

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor telah menahan tiga individu termasuk seorang timbalan pengerusi badan bukan kerajaan atas disyaki melakukan penyelewengan dana zakat sebanyak kira-kira RM230 juta.

Dua lelaki berusia lingkungan 50 dan 60-an telah ditahan pada petang sebelumnya dalam operasi di sekitar Lembah Klang, manakala seorang lagi berusia 50-an ditahan pada jam 2 petang ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM.

Siasatan awal mendapati kesemua mereka, dengan dua daripadanya adalah pengarah syarikat yang disyaki bersubahat dalam perbuatan tersebut antara tahun 2018 hingga 2024.


Garis masasprm