Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tunangnya penyanyi serta pelakon Bella Astillah telah menentukan tarikh pernikahan mereka, tetapi keluarga memilih untuk merahsiakan maklumat tersebut buat masa ini.
Mereka belum bersedia mengumumkan tarikh pernikahan kerana ingin perkara itu diketahui terlebih dahulu oleh keluarga dan kenalan rapat, dengan hanya ibu bapa, adik beradik dan Bella yang mengetahui tarikh berkenaan.
Majlis resepsi dijangka diadakan di beberapa lokasi di Sabah dan Johor untuk meraikan kedua-dua belah keluarga.


