Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
terkini

BN di landasan selesa ketuai kerajaan persekutuan pasca PRU16 jika terus ‘disokong’ Pas - Penganalisis

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Astro Awani
13 Julai 2026, 06:20 PG MYT
Aktif 47min lalu
·🌐 Kuala Lumpur

Pilihan Raya Negeri Johor menunjukkan senario persefahaman politik yang boleh berlaku antara Barisan Nasional dan Pas yang menerajui Perikatan Nasional untuk mencapai kemenangan bersama.

Prof Dr Wong Chin Huat dari Universiti Sunway menyatakan jika Pas mengekalkan sikap memberi laluan mudah untuk BN menang di kerusi strategik, maka BN dijangka boleh mengetuai kerajaan persekutuan sebagai blok terbesar pasca Pilihan Raya Umum ke-16.

Keputusan DUN di Johor menunjukkan BN boleh menang sehingga 25 daripada 26 kerusi parlimen, berbanding cuma sembilan kerusi dalam PRU15.