Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki menegaskan bahawa cabaran utama perkhidmatan awam bukan lagi kekurangan dasar tetapi keupayaan memastikan setiap keputusan dilaksanakan dengan berkesan dan memberi impak kepada rakyat.
Beliau menekankan bahawa jurang antara keputusan dan pelaksanaan perlu ditangani secara serius untuk membina sistem pentadbiran yang berfungsi dan dipercayai.
Walaupun banyak inisiatif telah dilancarkan dan pelan telah dirangka, pelaksanaannya masih tidak disempurnakan sepenuhnya dalam banyak keadaan.


