Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
terkini

Pemasangan tenaga solar di sekolah bantuan kerajaan mampu jimat bil elektrik - Wong

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Astro Awani
13 Julai 2026, 06:30 PG MYT
Aktif 37min lalu
·🌐 Ipoh

Projek rintis pemasangan sistem penjanaan tenaga solar di Sekolah Bantuan Kerajaan dilihat berpotensi besar untuk diperluaskan ke lebih banyak sekolah bagi menjimatkan perbelanjaan bil elektrik.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh menyatakan sekolah dijangka dapat menikmati penjimatan bil elektrik sekitar RM1,500 hingga RM1,700 sebulan atau kira-kira RM382,000 dalam tempoh 20 tahun melalui pendekatan Zero CAPEX.

Projek rintis pertama Sistem Penjanaan Tenaga Solar Program Skim Pemeteran Tenaga Bersih 3.0 telah diresmikan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sam Chai Ipoh dengan tanpa sebarang kos kepada sekolah.