Penyerang Perancis Kylian Mbappe menekankan fokusnya adalah menjulang trofi Piala Dunia 2026 berbanding mengejar rekod peribadi.
Mbappe telah menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman Perancis setelah meledak dua gol ketika Les Blues menewaskan Senegal 3-1 dalam pembukaan Kumpulan I.
Menurut kapten Perancis itu, misi sebenar semua pemain dan pengurusan ialah mara ke final dan merangkul gelaran dunia ketiga bagi Perancis.


