Perancis memulakan kempen Piala Dunia 2026 dengan langkah kanan apabila menewaskan Senegal 3-1 dalam aksi Kumpulan I di Stadium New York New Jersey, sebentar tadi.
Selepas mempamerkan aksi hambar pada babak pertama dan berdepan tentangan sengit Senegal, Les Bleus bangkit pada separuh masa kedua untuk memanfaatkan kelebihan kualiti pemain yang dimiliki.
Kapten pasukan, Kylian Mbappe, memecah kebuntuan pada minit ke-66 apabila berjaya menembusi benteng pertahanan Senegal untuk jaringan yang menyamai rekod 57 gol antarabangsa milik legenda Perancis, Olivier Giroud.

