Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
nasional

3,400 penduduk pedalaman di tiga negeri terima bekalan air

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Utusan Malaysia
19 Julai 2026, 07:03 PG MYT
Aktif 0s lalu
·🌐 Petaling Jaya

Pertubuhan Ihsanku Malaysia telah melaksanakan Projek Water4Life yang memberikan akses bekalan air bersih kepada lebih 3,400 penduduk di kawasan pedalaman Sabah, Kedah dan Kelantan dari 2023 hingga 2025.

Projek ini merupakan inisiatif di bawah Program Ihsan Jariah yang dirancang untuk membantu komuniti pedalaman yang menghadapi masalah bekalan air tidak mencukupi, tidak stabil dan sukar diakses.

Selain meningkatkan kualiti hidup, projek ini juga membantu mengurangkan beban mendapatkan sumber air, meningkatkan produktiviti harian dan menyokong pembangunan sosioekonomi di kawasan luar bandar.


Garis masanegeri