Agrobank memperkukuh peranannya dalam pembangunan sektor agromakanan melalui penyertaan sebagai penaja utama pameran Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin menyatakan penglibatan itu meletakkan Agrobank sebagai institusi kewangan pembangunan yang memimpin transformasi sektor agromakanan.
Agrobank akan terus memainkan peranan sebagai pemudah cara melalui penyelesaian kewangan inovatif dan sokongan kepada penggunaan teknologi pertanian moden.


