Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia telah membuka siasatan dalaman mengenai dakwaan salah laku dan penyalahgunaan kuasa oleh seorang pegawai di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Siasatan ini digerakkan serta-merta oleh Bahagian Integriti AKPS sebaik sahaja mendapat maklum tentang hantaran yang tular di platform media sosial Threads mengenai dakwaan pegawai tersebut.
Dakwaan tersebut menyatakan bahawa pegawai berkenaan menerima wang berjumlah RM100 melalui kod QR ke akaun perbankan peribadi beliau.


