Mahkamah Tinggi George Town mengenepikan hukuman penjara 12 bulan terhadap pasangan kekasih yang melakukan perbuatan tidak senonoh di sebuah tanah perkuburan Cina pada Mac lepas selepas membenarkan permohonan semakan mereka.
Hakim Rofiah Mohamad mengekalkan sabitan pasangan itu tetapi menggantikan hukuman penjara dengan tempoh penjara dari tarikh tangkap pada 23 Mac sehingga pelupusan semakan pada hari tersebut.
Keputusan ini meringankan hukuman asal yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret pada 26 Mac.



