Juara Dunia Interim ONE Strawweight Muay Thai Ahmad Nor Iman Aliff Rakib berusia 22 tahun telah memberikan kejutan dengan menghadiahkan sebuah rumah bernilai RM1 juta kepada ibu bapanya Suriawati Che Wook berusia 46 tahun dan Rakib Ahmad berusia 52 tahun.
Rumah tersebut dibeli menggunakan wang simpanan hasil daripada penyertaan Aliff Rakib dalam beberapa pertandingan Muay Thai di peringkat antarabangsa.
Aliff Rakib menyatakan bahawa beliau telah lama mengimpikan untuk menghadiahkan sebuah rumah yang besar dan selesa kepada ibu dan ayah sebagai balasan atas pengorbanan mereka.


