Legasi muzik seniman Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab yang telah mewarnai industri seni selama lebih enam dekad dengan lebih 2,000 karya ikonik kini didokumentasikan untuk rujukan generasi akan datang.
Sentuhan beliau dalam lagu-lagu dan runut bunyi filem telah membantu membentuk identiti muzik tempatan dan melahirkan ramai penyanyi ternama seperti Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Datuk Sudirman, Datuk Khadijah Ibrahim dan Datuk Jamal Abdillah.
Jasa dan sumbangan besar ini dihimpunkan dalam buku berjudul Sentuhan Emas Tan Sri Ahmad Nawab yang direalisasikan oleh anak sulungnya Nasir Khan sebagai penghormatan kepada warisan senimannya.



