Penyerang sayap Paris Saint-Germain Bradley Barcola telah mencapai persetujuan awal untuk menyertai Liverpool selepas mengadakan perbincangan dengan pengurus baharu The Reds Andoni Iraola.
Walau bagaimanapun perpindahan pemain berusia 23 tahun itu masih belum terjamin kerana kedua-dua kelab mempunyai perbezaan besar dalam penilaian harga pemain berkenaan.
Barcola telah memaklumkan PSG bahawa dia tidak berhasrat melanjutkan kontraknya yang akan tamat musim panas 2028 dan ingin mencuba pengalaman baharu dalam Liga Perdana Inggeris.


