Lebih 60 peratus wanita di Malaysia mengakui bahawa beban dwi penjagaan iaitu menjaga anak-anak dan ibu bapa yang uzur serentak telah jelas menjejaskan kemajuan kerjaya serta kesihatan diri mereka sendiri.
Tinjauan Sun Life bertajuk 'Women's Wealth in Focus' menunjukkan wanita Malaysia menghadapi 'penalti tiga kali ganda' yang melibatkan keselamatan kewangan sebanyak 80 peratus, penjagaan diri 68 peratus, dan halangan kenaikan pangkat 66 peratus.
Ketua Pegawai Operasi Sun Life Malaysia, Irina Lim memberi amaran bahawa tekanan ini bukan sahaja memberikan kesan jangka pendek tetapi juga berisiko menjejaskan keselamatan kewangan jangka panjang wanita Malaysia.

