Terminal feri Kuala Perlis yang beroperasi sejak 1993 merupakan tumpuan pengunjung dari seluruh negara yang ingin menggunakan perkhidmatan feri ke Pulau Langkawi, Kedah, dengan jadual operasi yang ditetapkan dari pukul tujuh pagi hingga tujuh malam.
Pada awal pengoperasian, terminal ini tidak mengalami masalah dengan kekerapan perjalanan mencapai 10 perjalanan sehari untuk setiap arah, namun keadaan ini berubah sejak beberapa tahun kebelakangan.
Sejak Mac baru-baru ini, isu alur pelayaran yang cetek akibat mendapan lumpur dan beting pasir telah memaksa pengurangan operasi kepada hanya tiga perjalanan sehari, mengimpak kepada pelayanan kepada pengguna.


