Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus pada mesyuarat dasar monetari hari ini berikutan inflasi yang masih terkawal, ekonomi domestik yang kekal berdaya tahan serta ketidaktentuan global yang semakin reda.
Pensyarah Kanan Ekonomi dan Perbankan Universiti Sains Islam Malaysia, Dr Mohd Faisol Ibrahim, berkata faktor-faktor ini memberi ruang kepada BNM untuk mengekalkan OPR pada paras semasa.
BNM tidak perlu membuat sebarang pelarasan kepada kadar di tengah kondisi ekonomi dan inflasi yang stabil pada masa sekarang.


