Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
terkini

Calon terpilih PLKN 3.0 siri 4 dimaklumkan melalui SMS, semakan bermula esok

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Harian Metro
9 Ogos 2026, 07:16 PG MYT
Aktif 0s lalu
·🌐 Kuala Lumpur

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) sebagai saluran rasmi pemakluman pemilihan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) Siri 4/2026 dari 3 Oktober hingga 16 November 2026.

Ketua Pengarah JLKN Mejar Jeneral Datuk Marzuki Mokhtar berkata SMS dipilih sebagai pendekatan tambahan untuk memperkukuh penyampaian maklumat secara pantas dan berkesan kepada calon.

SMS akan mengarahkan calon membuat semakan lanjut melalui laman sesawang ePLKN untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai pelapor diri dan status pemilihan mereka.