Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
nasional

Caruman LINDUNG 24 Jam PERKESO tidak lagi mandatori berkuat kuasa serta-merta

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Berita Harian
9 Julai 2026, 11:38 PG MYT
Aktif 0s lalu
·🌐 Kuala Lumpur

Jemaah Menteri hari ini memutuskan caruman bagi Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (LINDUNG 24 Jam) bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tidak lagi bersifat mandatori, berkuat kuasa serta-merta.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata keputusan berkenaan menyaksikan caruman sebanyak 0.75 peratus daripada gaji pekerja itu kini dilaksanakan secara sukarela.

"Perdana Menteri telah membangkitkan maklum balas yang diterima berhubung pelaksanaan caruman sebanyak 0.75 peratus daripada gaji pekerja bagi LINDUNG 24 Jam bawah PERKESO.