Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
hiburan

Fasha Sandha sudah berdamai dengan kecaman

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Berita Harian
28 Julai 2026, 06:36 PG MYT
Aktif 0s lalu
·🌐 Shah Alam

Lebih dua dekad bergelar anak seni, pelakon Fasha Sandha mengakui sudah belajar berdamai dengan kecaman yang datang, sama ada membabitkan kerjaya mahupun kehidupan peribadinya.

Pelakon berusia 42 tahun itu berkata, dia tidak mampu menghalang orang ramai daripada memberikan pandangan, namun memilih untuk memberi tumpuan kepada perkara yang benar-benar penting dalam hidup.

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, keutamaan kini adalah menjaga kerjaya, komitmen dan disiplin yang menjadi pegangan sejak awal pembabitannya dalam industri.