Malaysia mulai dipandang sebagai quiet overachiever di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengalami peningkatan pencapaian ekonomi yang memberangsangkan selepas lama diketengahkan isu ketidakstabilan politik.
Penganalisis antarabangsa termasuk Ahli Ekonomi Kanan ASEAN daripada HSBC, Yun Liu, menyifatkan Malaysia berada di landasan mencapai lonjakan kedua mirip era perindustrian pesat 1980-an dan 1990-an.
Perubahan persepsi ini menunjukkan Malaysia sedang mengalami transformasi ekonomi positif yang menjanjikan perkembangan masa depan.


