Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
utama

Gamat premium jadi sasaran nelayan Vietnam

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Harian Metro
9 Ogos 2026, 07:16 PG MYT
Aktif 0s lalu
·🌐 Kuala Lumpur

Siasatan mendapati misteri pencerobohan berulang vesel asing ke perairan Malaysia akhirnya terbongkar apabila timun laut atau gamat yang mendiami dasar laut negara menjadi buruan utama nelayan asing, terutamanya dari Vietnam.

Rekod operasi penguatkuasaan Jabatan Perikanan Malaysia menunjukkan kebanyakan vesel asing yang ditahan, khususnya di perairan Sabah, bukanlah memburu ikan atau sotong seperti yang dipercayai sebelum ini.

Penemuan ini mengungkap skala pencerobohan yang lebih terancang dan berorientasi kepada sumber laut tertentu yang bernilai tinggi.