Kumpulan GGR Motor telah melancarkan cawangan baharu berjuluk GGR X EV Ipoh bagi memperluaskan rangkaian pengedaran motosikal elektrik di wilayah utara.
Ketua Cawangan Mohamed Izwan Abdul Karim menyatakan pembukaan ini adalah sebahagian daripada pelan strategik syarikat untuk meluaskan capaian pasaran motosikal EV kepada lebih banyak pelanggan.
Syarikat turut memberi fokus khusus kepada model sulung Lion G1 yang telah berada di pasaran sejak Jun 2025 dengan perkembangan yang positif.


