Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
nasional

Hamzah adakan pertemuan dengan Rafidah Aziz dan Dr Sam

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Berita Harian
14 Julai 2026, 06:16 PG MYT
Aktif 0s lalu
·🌐 Kuala Lumpur

Presiden Parti Wawasan Negara (WAWASAN), Datuk Seri Hamzah Zainudin mengadakan pertemuan dengan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz serta Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Kuala Lumpur.

Hamzah berkongsi gambar pertemuan itu menerusi Facebook dan memaklumkan mereka mengadakan makan tengah hari bersama untuk berbincang.

Dalam hantaran yang sama, beliau menyifatkan Rafidah sebagai tokoh terkenal dengan ketegasan, kelantangan dan kepimpinan berprinsip yang hingga digelar 'The Iron Lady'.