Harga telur ayam telah turun antara RM1 hingga RM3 sepapan berikutan lebihan bekalan di pasaran yang disebabkan permintaan rendah walau pengeluaran tetap tinggi.
Menurut Datuk Jeffrey Ng Choon Ngee, Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia, pembekal telur terpaksa menyerap kos pengeluaran akibat peningkatan harga dedak dan kos logistik.
Pembekal terpaksa menanggung kos tersebut kerana mereka tidak mempunyai alternatif lain dalam mengatasi tekanan ekonomi semasa industri peternakan ayam.

