Ketua jurulatih Filipina, Carles Cuadrat menyifatkan Harimau Malaya sebagai pasukan berkualiti tinggi selepas pasukannya tewas 0-1 dalam Piala ASEAN 2026 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.
Kekalahan ini menyebabkan Filipina menamatkan Kumpulan B di tempat keempat, ketinggalan daripada Thailand, Malaysia dan Myanmar, dan gagal melayak ke separuh akhir.
Bagaimanapun, Cuadrat tetap berpuas hati dengan persembahan pemainnya khususnya dalam perlawanan melawan Malaysia yang kompetitif.


