Pihak berkuasa Iran mengesahkan seramai 3,375 orang terkorban sepanjang konflik bersenjata antara Iran dengan Amerika Syarikat dan Israel yang telah berlarutan selama enam minggu.
Ketua Pertubuhan Perubatan Forensik Iran, Abbas Masjedi Arani berkata identiti semua mangsa telah dikenal pasti, dengan jumlah 2,875 lelaki dan hampir 500 wanita berdasarkan data rasmi yang direkodkan.
Angka korban yang tinggi ini menunjukkan impak dahsyat konflik bersenjata ketiga pihak terhadap populasi Iran.



