Penyanyi Kaka Azraff, 37 tahun, mendapatkan bantuan pakar terapi selepas sering menyalahkan diri sendiri atas peristiwa dalam hidupnya terutama semasa menghadapi kemelut rumah tangga tahun lalu.
Keputusan mendapatkan terapi dibuat atas dorongan diri sendiri dan tiga sesi terapi telah membantunya melihat situasi daripada perspektif berbeza.
Langkah ini membantu Kaka memahami perkara yang telah mengganggu fikirannya dan meningkatkan kesejahteraan mentalnya.


