Piala Dunia 2026 telah memasuki peringkat suku akhir dengan lapan pasukan terakhir kini hanya dipisahkan tiga kemenangan daripada menjulang trofi paling berprestij dalam bola sepak dunia.
Selepas kejohanan diperluaskan membabitkan 48 negara dengan pengenalan pusingan baharu 32 pasukan, fasa kalah mati kini mengecilkan saingan kepada lapan pasukan yang akan berentap merebut tempat ke separuh akhir.
Perancis akan berdepan Maghribi dalam aksi suku akhir pertama awal pagi Jumaat dengan pemenang akan mara ke kelompok empat terbaik dalam perjalanan menuju final.


