Jabatan Imigresen Malaysia telah mengesan pemilik kenderaan milik syarikat import dan eksport warga Pakistan yang menjadi viral kerana menggunakan logo jabatan berkenaan tanpa kebenaran.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban melaporkan bahawa semakan mendapati syarikat tersebut menjalankan perniagaan barangan kecantikan, pakaian serta barangan am.
Walau bagaimanapun, identiti individu yang memandu kenderaan itu masih belum berjaya dikenalpasti oleh pihak berkuasa.


