Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
nasional

Kerajaan nafi ada runding pembayaran semula kes 1MDB dengan Jho Low

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Berita Harian
9 Julai 2026, 11:38 PG MYT
Aktif 0s lalu
·🌐 Kuala Lumpur

Kerajaan Malaysia menafikan dakwaan bahawa ia telah membuat rundingan pakej pembayaran semula bagi kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bersama ahli perniagaan Low Taek Jho (Jho Low) dan delegasi China.

Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong dengan ringkas menyatakan penafian terhadap tuduhan tersebut ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau turut menafikan laporan daripada Sarawak Report dan Wall Street Journal yang menyiarkan berita berkaitan dengan dakwaan terbabit mengenai rundingan pembayaran semula 1MDB.