Kerajaan melalui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan langkah tambahan senilai RM75 juta untuk meringan beban rakyat melalui tiga program iaitu BUDI Agri-Komoditi, BUDI Diesel Individu, dan Insentif Pembajakan kepada Pesawah (IPKP).
Program IPKP menerima tambahan dana sebanyak RM40 juta untuk musim penanaman 2026 dengan manfaat yang akan disalurkan kepada kira-kira 200,000 pesawah.
Inisiatif ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam mengatasi tekanan kos operasi yang dihadapi oleh sektor pertanian dan masyarakat pengguna diesel.



