Ketua Pengarah dan seorang pegawai kanan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang terlibat dalam siasatan penyelewengan dana berjumlah RM900,000 akan didakwa di mahkamah minggu depan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki menyatakan bahawa pendakwaan terhadap kedua-dua individu itu dijangka dilakukan pada Rabu atau Khamis depan.
SPRM telah menahan dua pegawai kanan termasuk seorang Ketua Pengarah pada 11 Februari kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana untuk kepentingan peribadi.



