Kementerian Pendidikan sedang menguruskan bantuan terbaik kepada keluarga pelajar SMK Tanjong Mas yang maut dirempuh kenderaan SUV semasa memakai kasut di hadapan surau sekolah hari ini.
Mangsa berkenaan Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin yang berusia 13 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah pada jam 1.50 tengah hari.
Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan menegaskan bahawa aspek kebajikan dan kesejahteraan pelajar diberikan perhatian serius.


