Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menyeru kerajaan dan rakyat bersatu menghadapi cabaran besar negara akibat krisis tenaga global berikutan konflik di Asia Barat yang melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran.
Baginda menekankan bahawa konflik tersebut membawa kesan besar terhadap kestabilan serantau, keselamatan, ekonomi dunia dan emosi manusia.
Negara perlu melakukan persiapan zahir dan batin sambil rakyat berganding bahu membantu negara menghadapi kemungkinan krisis global yang berpanjangan ini.


