Polis Alor Gajah sedang mengesan seorang pemandu bas ekspres yang disyaki memandu secara berbahaya setelah rakaman video tular di media sosial.
Video berdurasi 1 minit 20 saat yang tersebar jam 1.05 tengah hari menunjukkan pemandu bas duduk menyandar ke belakang sambil hanya menggunakan sebelah tangan untuk mengawal stereng semasa kenderaan bergerak pada waktu malam.
Siasatan dilakukan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Alor Gajah untuk mengenalpasti identiti pemandu dan mengambil tindakan undang-undang yang sesuai.


