Seorang pemandu yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes langgar lari seorang anggota polis trafik disahkan sebagai pegawai kanan polis berpangkat Inspektor berusia 40 tahun yang menghidap skizofrenia.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata suspek sedang menjalani cuti perubatan khas dan dalam proses pembersaraan atas syor Lembaga Perubatan.
Tangkapan dibuat pada 3.45 petang di Jalan Empat Chan Sow Lin selepas anggota JSPT mengesan kenderaan suspek melalui risikan dan pemeriksaan kamera CCTV.



