Semua keputusan oleh Undang Luak Sungei Ujong, Mubarak Thahak yang dibuat sejak 13 Mei tahun lalu telah dianggap tidak sah kerana pesaka Datuk Klana Petra yang disandangnya telah dilucutkan berkuat kuasa pada tarikh tersebut.
Yang Mulia Telaga Undang, Sarifah Norzaidah Al-Qadri menyatakan bahawa Mubarak bin Thahak ialah Anak Waris Klana Hulu.
Oleh itu, Ibu Soko-Ibu Soko Klana Hulu bersama Anak-Anak Waris mempunyai kuasa untuk melucutkan gelaran tersebut dengan berkuat kuasa 13 Mei 2025.


