Manforce Group Berhad merancang untuk meraih RM30.40 juta menerusi tawaran awam permulaan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad dengan tarikh penyenaraian dijadualkan pada 6 Mei 2026.
Syarikat akan menerbitkan 79.99 juta saham baharu pada harga 38 sen sesaham, mewakili 20 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan kepada 399.98 juta saham.
Tawaran ini juga merangkumi penjualan 19.99 juta saham sedia ada atau lima peratus daripada modal saham terbitan bagi menyediakan peluang melabur kepada pihak awam.


