MCA giat mengenal pasti ahli dan pemimpin muda berusia 40 tahun ke bawah yang berpotensi dicalonkan pada Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum akan datang untuk memenang semula sokongan pengundi.
Ketua Penerangan Pemuda MCA Neow Choo Seong berkata langkah meremajakan parti dengan mencalonkan pemimpin muda penting kerana pola pengundian kini cenderung kepada kredibiliti individu dan personaliti calon berbanding faktor parti semata-mata.
Strategi ini bertujuan membuat MCA kekal relevan, lebih menarik dan mendapat sokongan majoriti pengundi dalam persaingan politik yang semakin kompetitif.

