Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan bahawa Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN akan membincangkan isu keselamatan serantau, konflik Asia Barat, dan memperkukuh keterjaminan makanan sebagai agenda utama di Manila mulai esok.
Turut menjadi topik perbincangan ialah ketegangan di Laut China Selatan, peperangan melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran, serta pembunuhan berterusan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.
Mesyuarat ini mencerminkan kerancakan isu geopolitik global yang mempengaruhi keamanan dan kepentingan wilayah Asia Tenggara.


