Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
nasional

Nafi anjur ‘disko retro’ di tepi Sungai Kelantan, penganjur mohon maaf

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Utusan Malaysia
9 Julai 2026, 11:38 PG MYT
Aktif 0s lalu
·🌐 Kota Bharu

Penganjur majlis bertemakan retro hippie 60-an dan 70-an di Kota Bharu telah tampil memohon maaf dan menegaskan bahawa acara tersebut bukan hiburan disko atau majlis hiburan sebagaimana tanggapan umum di kalangan masyarakat.

Menggunakan nama Fykaaschaa Kaka di laman media sosial Facebook, penganjur menjelaskan bahawa ia hanya majlis persendirian berskala kecil yang menghimpunkan ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat yang diselitkan dengan sambutan hari jadi.

Penganjur menegaskan majoriti hadirin ialah suami isteri, keluarga dan kanak-kanak, serta menegaskan bukan tempat bercinta, tempat mabuk, atau mengambil bahan terlarang.